Tips Cuci Muka dengan Betul
- parluv
- Mar 29, 2017
- 2 min read
Assalamualaikum Semua..... Apa khabar??? Sihat ke tak tu??? Yang mana tak sihat tu, bawak-bawak lah berehat ye.... Minum air masak banyak taw.....
Ok... untuk entri hari ni admin nak bagitahu sikit tentang tips atau cara cuci muka dengan betul.... Ramai yang cuci muka ala kadar je kan... Kadang tak sampai seminit pon.... Sebenarnya nak cuci muka ni bukan boleh main cuci macam tu je... Banyak aspek kena ambik tahu taw.... Jadi, jom tengok tips cara nak cuci muka dengan betul kat bawah ni ok.....
1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit
Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.
2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu
Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.
3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana
Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.
4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka
Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.
5. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria Terlebih Dahulu
Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.
6. Memfokuskan Pada Zon T Muka
Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.
7. Mencuci Muka Perlahan-lahan
Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.
8. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya
Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.
Haa, ni lah sedikit sebanyak tips yang admin boleh share untuk entri kali ni.... Hope apa yang admin share ni dapat beri ilmu pengetahuan lah kat korang di luar sana tu.... Ok.....
Comments