Punca Utama Jerawat Tumbuh
- parluv
- Nov 24, 2016
- 2 min read
Tengok je ada jerawat kat muka, confirm time tu korang stress.... Nak2 lagi jerawat tu datang time korang nak konvo ke, nak pergi orang kahwin ke atau ada function.... Time2 tu lah dia nak menyinggah kat muka kan.... Yang tak sabar tu apa lagi, picit lah kan3.... Sebenarnya kalau picit lagi teruk tau jadinya sampai boleh tinggalkan parut....
Kalau korang nak tahu, jerawat tak kan datang singgah saja2 je... Mesti ada punca.... Jom kita tengok apa punca2 tu....
Antara sebab utama jerawat kerap tumbuh di muka adalah:
🌻 Kurangnya Vitamin C
Umum tahu badan memerlukan Vitamin C kerana sifatnya yang membantu imun sistem dan pemulihan badan. Kurangnya makanan dan pengambilan vitamin C yang cukup akan menyebabkan jerawat sangat mudah untuk tumbuh secara tak terkawal.
🌻 Kurang Tidur Yg Berkualiti
Tanpa tidur yang cukup, badan akan mengeluarkan sejenis asid yang menyebabkan sistem imun terganggu.
Dan tidur yang cukup adalah penting kerana proses penyelerasan dan pemulihan sistem badan berlaku ketika tidur.
🌻 Pemilihan Produk Kulit Yg Salah
Bertukar-tukar produk penjagaan kulit juga menyebabkan lapisan perlindungan kulit semakin menipis dan mudah untuk terjadinya jerawat.
Tambahan lagi jika produk yang dipilih mempunyai bahan kimia yang sangat kuat dan tajam.
🌻 Tidak terlindung dari Sinar UV
Jika anda selalu keluar rumah untuk bekerja, tanpa mengenakan produk yang boleh melindungi kulit dari sinar UV, ia akan menyebabkan sel-sel kulit muka rosak.
Apabila rosak ia akan menyebabkan berlakunya lebih jerawat dan seterusnya kepada jeragat.
🌻 Masalah Badan Penuh Toksik.
Badan yg penuh toksik akibat dari pemakanan seharian yang tidak sihat, akan menyebabkan sistem imun badan dan kulit mudah untuk naik jerawat, jeragat, dan kusam.
Jadi sekarang korang dah tahu lah kan apa sebabnya jerawat tu terjadi.... Be careful and elak kan apa2 yang patut ye....
Love,
Parluv
Comentarios